- PENGENALAN
- Ini adalah dasar privasi ("Dasar Privasi") Fave dan anak-anak syarikatnya, ahli-ahli gabungannya, jenama-jenamanya, syarikat-syarikat/jenama-jenama berkaitan dan/atau bersekutu dan entiti yang dikawal bersama dengannya (termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerja, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang mempunyai kebenaran) (secara kolektif dirujuk sebagai "Fave”, "kami", "kita" atau "kepunyaan kami"). Fave berkomited untuk menghormati dan melindungi privasi anda dalam talian. Dasar Privasi ini menerangkan amalan kami mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyimpanan, pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda.
- Dasar Privasi ini terdiri sebagai sebahagian daripada Syarat-Syarat Penggunaan Fave. Akses anda ke Platform ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan ini adalah tertakluk pada Syarat-Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi ini. Kecuali ditakrifkan secara khusus dalam Dasar Privasi ini, istilah yang ditakrifkan hendaklah mempunyai makna yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Syarat-Syarat Penggunaan.
- Bagi memproses, mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan pihak kami, kami semestinya perlu mengumpul, menggunakan, mendedah, menyimpan, memindah dan/atau memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini terpakai pada data peribadi berkenaan anda dan/atau individu lain yang dibekalkan oleh anda, yang kami miliki atau yang kami perolehi mengenai anda, sama ada kini atau pada masa depan. Kami hanya akan memproses data peribadi anda dalam cara yang selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi dan privasi yang terpakai di negara-negara di mana kami beroperasi dan Dasar Privasi ini.
- Sekiranya anda adalah sebuah syarikat, entiti atau organisasi, rujukan kepada istilah "anda" dan "kepunyaan anda" juga merangkumi pekerja, wakil dan ejen anda.
- Dengan mengakses, melayari, memuat turun dan/atau menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan kami, atau dengan berurusan dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda menurut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa.
- Kami boleh menyemak semula atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah disemak semula/dikemas kini di Platform. Kecuali dinyatakan sebaliknya, sebarang penyemakan atau pengemaskinian akan berkuatkuasa dengan serta merta. Akses dan/atau penggunaan anda yang berterusan di Platform dan/atau Perkhidmatan kami atau dengan berurusan dengan kami selepas penyemakan atau pengemaskinian terhadap Dasar Privasi ini membentuk pengakuan dan penerimaan yang mengikat anda terhadap Dasar Privasi yang telah disemak semula atau yang telah dikemaskini ini.
- PENGUMPULAN DATA PERIBADI
- Istilah "data peribadi" bermaksud sebarang maklumat, sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, dan dengan maklumat lain, dari mana seseorang itu dapat dikenalpasti atau boleh dikenalpasti.
- Kami mungkin akan mengumpul data peribadi yang berikut daripada anda:
- Data identiti, seperti nama, kewarganegaraan, jantina, tarikh lahir, data biometrik, gambar anda;
- Data perhubungan, seperti alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel, dan nombor telefon;
- Data akaun, seperti perincian bank dan kad kredit/debit, e-dompet, perincian pembayaran, maklumat kewangan dan maklumat pekerjaan;
- Data transaksi, seperti cara pembayaran, perincian mengenai pembayaran kepada dan daripada anda, dan perincian lain mengenai barang, produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah beli atau perolehi daripada atau melalui kami;
- Data teknikal, seperti alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan dan lokasi zon waktu, jenis dan versi pemalam pelayar (plug-in), sistem operasi dan platform, pembawa mudah alih, URL, dan teknologi(-teknologi) lain di peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform dan/atau Perkhidmatan tersebut;
- Data profil, seperti nama pengguna dan kata laluan, pembelian atau pesanan yang dibuat oleh anda, minat, pilihan, maklumbalas dan respons tinjauan anda;
- Data lokasi, seperti koordinat GPS atau maklumat geografi yang serupa dari komputer atau peranti mudah alih anda;
- Data penggunaan, seperti maklumat mengenai cara anda menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan; dan/atau
- Data pemasaran dan komunikasi, seperti pilihan keutamaan anda untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami dan pilihan keutamaan komunikasi anda.
Jenis data peribadi yang dikumpul bergantung kepada tujuan pengumpulan. Kami boleh memproses data peribadi anda dengan mengumpul, merakam, mengubah, memegang, menyimpan, memindah, memadam, membetulkan, memulihkan, memusnahkan, menyelaras, menggabungkan, mendedahkan dan/atau menghapuskannya.
- Data peribadi anda boleh dikumpul daripada anda semasa anda berurusan dengan kami dalam apa jua cara atau kaedah termasuk berdasarkan sebarang transaksi dan/atau komunikasi yang dibuat daripada/dengan kami. Kami juga boleh mengumpul data peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk tanpa batasan kepada situasi- situasi yang berikut:
- Apabila anda mendaftar suatu akaun dengan kami;
- Apabila anda menghantar sebarang borang kepada kami, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) borang permohonan atau borang pendaftaran, sama ada dalam talian atau melalui borang fizikal;
- Apabila anda memasuki kepada sebarang transaksi atau membekalkan dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan pengaturan anda dengan kami;
- Apabila anda menggunakan mana-mana ciri atau fungsi yang terdapat di Platform dan/atau Perkhidmatan tersebut;
- Apabila anda menggunakan produk, perkhidmatan, penerbitan atau cagaran pemasaran kami atau Pedagang kami;
- Apabila anda menyertai mesyuarat, acara, aktiviti peraduan, aktiviti promosi, program kesetiaan atau tinjauan;
- Apabila anda mengikuti, menyukai atau menjadi peminat laman media sosial Fave; dan/atau
- Sumber dan direktori awam lain yang sedia ada.
- Di samping itu, kami juga boleh menerima, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang dibekalkan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga yang mana anda telah memberikan kebenaran, badan rujukan kredit/pelapor, pihak pengawal selia dan penguatkuasa undang-undang, atas sebab-sebab termasuk penyampaian Perkhidmatan kami, pelaksanaan syarat-syarat perjanjian kami dan/atau untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan kami.
- Anda mestilah hanya mengemukakan data peribadi yang tepat dan yang tidak mengelirukan, dan anda mesti sentiasa mengemas kininya dan memaklumkan kami mengenai sebarang perubahan. Kami berhak untuk meminta dokumentasi bagi mengesahkan data peribadi yang anda berikan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan kami.
- Sekiranya anda membekalkan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang sewajarnya daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahmilik data peribadi beliau kepada kami, dan untuk dikumpul, digunakan, dan didedahkan oleh kami selaras dengan Dasar Privasi ini.
- TUJUAN PEMEROLEHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
- Data peribadi yang yang anda bekalkan/berikan kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami daripada anda atau melalui sumber lain sebagaimana yang perlu bagi memenuhi tujuan pada masa ia diperolehi atau dikumpul, boleh diproses bagi tujuan-tujuan seperti berikut (secara kolektif dirujuk sebagai "Tujuan"):
Di mana anda adalah seorang Pengguna:
- untuk mendaftar dan mentadbir Akaun pengguna anda dengan kami
- untuk memproses, mengurus atau mengesahkan identiti anda;
- untuk membekalkan, mengekalkan dan memperbaikkan Platform dan/atau Perkhidmatan kepada anda;
- untuk bertindak balas kepada, memproses, berurusan dengan, memenuhi, mengesahkan dan/atau melengkapkan pesanan/pembelian/transaksi anda dan memberi makluman kepada anda mengenai sebarang isu perkhidmatan dan tindakan akaun yang luar biasa;
- untuk mengesahkan dan menjalankan transaksi kewangan berkenaan dengan pembayaran yang dibuat anda dalam talian/luar talian;
- untuk memproses pembayaran daripada anda, termasuk memberi kebenaran dan memproses perbankan dalam talian, transaksi kad kredit/debit dan menghantar resit kepada anda;
- untuk berurusan dengan atau memudahkan perkhidmatan pelanggan, melaksanakan arahan anda, berurusan dengan atau menjawab sebarang pertanyaan, permintaan atau aduan anda (atau kononnya yang anda berikan) atau bagi pihak anda;
- untuk menghubungi anda atau berkomunikasi dengan anda bagi tujuan mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan kami atau penggunaan Perkhidmatan kami yang anda gunakan, seperti tetapi tidak terhad kepada penyampaian maklumat pentadbiran kepada anda berkenaan dengan Perkhidmatan kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa komunikasi sedemikian daripada kami boleh dijalankan melalui surat-menyurat, e-mel, notis, paparan notifikasi atau melalui saluran komunikasi di Platform tersebut kepada anda, yang mungkin melibatkan pendedahan data peribadi tertentu mengenai anda bagi melaksanakan penyampaian data tersebut;
- untuk memperibadikan dan menambah baik pengalaman pengguna anda dengan Platform dan/atau Perkhidmatan;
- untuk memudahkan penyertaan anda dalam, dan pentadbiran kami terhadap, sebarang aktiviti kami termasuk peraduan, promosi, kempen, pengundian atau tinjauan;
- untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau tinjauan, analisis pemasaran dalaman, aktiviti penyediaan profil pelanggan, analisis terhadap corak dan pilihan pelanggan, analisis terhadap trend penggunaan dan trend aktiviti berkenaan dengan Platform dan/atau Perkhidmatan dan demografi pengguna kami (atas dasar awanama);
- untuk menjalankan usaha wajar atau aktiviti penyaringan lain (termasuk, tanpa terbatas kepada semakan latar belakang) dengan cara yang selaras dengan kewajipan undang-undang atau kewajipan kawal selia atau prosedur pengurusan risiko yang diperlukan di bawah undang-undang atau yang telah kami laksanakan;
- untuk melindungi dan/atau menguatkuasakan hak dan kepentingan undang-undang kami, termasuk untuk mempertahankan sebarang tuntutan;
- untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kewajipan kawal selia kami di bawah undang-undang, perundangan, peraturan atau perintah mahkamah yang terpakai;
- untuk mematuhi atau sebagaimana yang diperlukan atas permintaan atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan/pihak penguatkuasa undang-undang; atau untuk bertindak balas kepada permintaan maklumat daripada agensi awam, kementerian, badan berkanun atau pihak berkuasa lain yang serupa;
- untuk mengesan, menyiasat dan mencegah sebarang transaksi yang mencurigakan, penipuan, aktiviti yang dilarang atau haram, peninggalan, salah laku atau penyalahgunaan Platform dan/atau Perkhidmatan, sama ada berkenaan dengan penggunaan anda di Platform dan/atau Perkhidmatan kami atau mana-mana perkara lain yang berbangkit dari hubungan anda dengan kami, dan sama ada terdapat sebarang kecurigaan dalam mana-mana perkara yang disebutkan di atas atau tidak;
- untuk memindahmilik atau menyerah hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah apa-apa perjanjian yang dimasuki dengan kami;
- bagi tujuan pentadbiran dan pengemaskinian dalaman, seperti pengauditan, analisis data, penyimpanan rekod, senarai hubungan, pengurusan risiko, keselamatan, dan lain-lain; dan/atau
- untuk simpanan kami, membuat sandaran pengehosan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) terhadap data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar negara anda;
- untuk menjalankan proses membuat keputusan secara automatik menurut mana-mana tujuan yang disebutkan di atas; dan/atau;
- apa-apa tujuan lain yang mana kami telah berikan makluman kepada anda pada ketika kami memperoleh persetujuan anda;
dan anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk Tujuan seperti yang dikenal pasti dalam Dasar Privasi ini.
- Tujuan pemasaran dan promosi
Kami juga boleh menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan promosi seperti berikut ("Tujuan Pemasaran dan Promosi"):
- untuk menghantar kepada anda maklumat, amaran, paparan notifikasi, surat berita, pengemaskinian, bahan promosi, pengumuman hak istimewa khas mengenai produk, perkhidmatan, peraduan akan datang, acara, aktiviti, promosi, kempen, pengundian atau tinjauan yang kami tawar atau anjurkan dan/atau yang ditawarkan atau dianjurkan oleh pihak ketiga pilihan kami (rakan kongsi perniagaan/pemasaran, penaja, pengiklan) yang anda mungkin berminat;
- untuk menghantar kepada anda ucapan atau mesej bermusim/perayaan;
- untuk memaklumkan dan menjemput anda ke acara atau aktiviti yang kami anjurkan dan/atau dianjurkan oleh pihak ketiga pilihan kami (rakan kongsi perniagaan/pemasaran, penaja, pengiklan) yang anda mungkin berminat;
- untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut; dan/atau
- untuk berkongsi data peribadi anda di dalam organisasi kami dan pihak ketiga pilihan kami (rakan kongsi perniagaan/pemasaran, penaja, pengiklan) yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai.
Anda berhak pada bila-bila masa untuk meminta kami untuk berhenti menghantar kepada anda sebarang bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda bagi Tujuan Pemasaran dan Promosi. Anda juga boleh mengklik pautan "Berhenti Berlangganan" yang disertakan dalam e-mel pemasaran dan promosi yang berkaitan supaya tidak lagi menerima e-mel pemasaran dan promosi pada masa depan. Sekiranya anda berhenti berlangganan, kami masih boleh menghantar komunikasi yang bukan bagi tujuan pemasaran dan promosi kepada anda, seperti mengenai Akaun anda, mengenai Platform dan/atau Perkhidmatan, peringatan mengenai Pulangan tunai yang belum digunakan atau mengenai hubungan perniagaan kami yang lain.
Anda berhak pada bila-bila masa untuk menghentikan paparan notifikasi daripada kami dengan mengubah pengesetan dalam peranti anda.
- Sekiranya anda adalah seorang Pengguna, maklumat profil pengguna anda seperti nama pengguna akan digunakan untuk mengenal pasti anda apabila anda menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan. Nama pengguna anda mungkin ditunjukkan kepada pengguna lain ketika anda mengemukakan penilaian dan/atau ulasan anda. Kami tidak akan mendedahkan atau berkongsi secara langsung alamat e-mel pengguna anda dan maklumat lain tanpa kebenaran anda.
- Kami juga boleh menggunakan, memproses dan berkongsi data yang tidak dapat dikenalpasti secara peribadi, teragregat, berstatistik dan/atau yang bersifat awanama dengan pihak ketiga untuk tujuan analisis data dan untuk menganalisis dan membangunkan strategi pemasaran kami dan seterusnya menambah baik dan meningkatkan Platform dan/atau Perkhidmatan.
- Anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi Tujuan seperti yang dikenal pasti dalam Dasar Privasi ini.
- Kami akan meminta persetujuan anda secara berasingan bagi tujuan lain yang tidak berada dalam kategori yang dinyatakan di atas.
- AKIBAT TIDAK BERSETUJU DENGAN DASAR PRIVASI INI/TIDAK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI ANDA
Pengumpulan data peribadi anda oleh kami boleh bersifat wajib atau bersifat sukarela bergantung kepada Tujuan yang mana data peribadi anda dikumpulkan. Di mana ia adalah wajib bagi anda untuk membekalkan kepada kami data peribadi anda, dan anda gagal atau memilih untuk tidak membekalkan data sedemikian kepada kami, atau tidak bersetuju dengan perkara yang disebutkan di atas atau dengan Dasar Privasi ini, kami tidak dapat membekalkan Platform dan/atau Perkhidmatan kami kepada anda.
- PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Kami tidak akan menjual, menyewa, memindahmilik atau mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan sesetengah data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berikut, bagi satu atau lebih Tujuan yang disebutkan di atas:-.
- anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami;
- ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang hubungan kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada kami dari semasa ke semasa;
- pengganti hakmilik kami;
- Pedagang kami bagi setiap barang yang anda mungkin tempah, beli atau berlanggan di Platform dan komen atau maklum balas anda terhadap pedagang sedemikian, seolah-olah anda menempah, membeli, berlanggan dan memberi komen atau maklum balas secara langsung kepada Pedagang;
- pihak ketiga pilihan kami (rakan kongsi perniagaan/pemasaran, penaja, pengiklan) yang (secara tunggal atau bersama dengan kami) menawarkan produk atau perkhidmatan baru, promosi atau menganjurkan peraduan, acara, aktiviti atau kempen;
- mana-mana orang di bawah kewajipan kerahsiaan yang mengakujanji untuk menjaga kerahsiaan data peribadi anda yang dilantik kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami terhadap anda;
- mana-mana pihak yang berkaitan dengan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang masa depan;
- juruaudit, perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional lain yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami atas dasar sulit, yang dilantik kami untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami; mana-mana pihak yang dicalonkan atau dilantik kami sama ada secara tunggal atau bersama dengan pembekal perkhidmatan lain, yang membekalkan perkhidmatan atau menjalankan pemprosesan data bagi pihak kami, atau bagi tujuan pemusatan data dan/atau logistik;
- pusat data dan/atau pelayan yang terletak di dalam atau di luar negara anda bagi tujuan penyimpanan data;
- pembekal perkhidmatan untuk kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod;
- agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan kawal selia/profesional, pengawal selia industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran di mana-mana negara, jika perlu atau telah diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk memenuhi sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan dari pihak berkuasa yang berkaitan;
- agensi rujukan kredit/agensi pelapor bagi tujuan pemeriksaan kredit terhadap anda;
- rakan kongsi perniagaan/pemasaran kami, pembekal produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga, pembekal, penjual, pengedar, kontraktor atau ejen, atas dasar keperluan untuk mengetahui, yang membekalkan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami bagi pihak kami atau untuk membantu kami dalam membekalkan Platform dan/atau Perkhidmatan kami kepada anda;
- syarikat insurans bagi tujuan untuk memohon dan memperoleh polisi insurans, jika perlu;
- institusi kewangan bagi tujuan untuk memohon dan memperoleh kemudahan kredit, jika perlu;
- bank dan institusi kewangan, peniaga dan syarikat kad kredit/debit yang berkaitan dengan transaksi komersial anda dengan kami;
- orang awam apabila anda menjadi pemenang dalam peraduan, menyertai acara atau aktiviti kami, mengemukakan penilaian dan/atau ulasan anda atau ciri lain Platform dan/atau Perkhidmatan kami yang boleh dilihat oleh orang awam tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti;
- mana-mana pihak ketiga (dan penasihat/wakilnya) sehubungan dengan sebarang cadangan pengorganisasian atau pengorganisasian yang sebenar, percantuman, penjualan, penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penyerahan hak, pindahmilik, pelaksanaan pembiayaan atau penjualan aset/saham berkenaan semua atau mana-mana bahagian perniagaan kami atau sekiranya berlakunya keadaan ketaksolvenan, kebankrapan atau penerimaan; dan/atau
- mana-mana orang lain yang secara munasabah memerlukannya agar kami boleh beroperasi dan mengekalkan perniagaan kami atau menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam Tujuan atau seperti yang diarahkan/dibenarkan oleh anda.
- KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mengganggap bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat dan lengkap, dan tidak ada data yang mengelirukan atau ketinggalan zaman. Anda akan memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda. Harap maklum bahawa kegagalan anda untuk mengekalkan data peribadi yang tepat, lengkap dan terkini (termasuk mempunyai kaedah pembayaran yang tidak sah atau tamat tempoh) boleh mengakibatkan ketidakupayaan anda untuk mengakses dan menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan.
- HAK ANDA
- Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data peribadi dan privasi yang terpakai di negara-negara di mana kami beroperasi, anda berhak untuk meminta akses terhadap, meminta salinan, meminta untuk mengemas kini atau membuat pembetulan, data peribadi anda yang dipegang kami. Kami mungkin akan mengenakan sedikit bayaran (amaun sedemikian yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai) untuk menanggung kos pentadbiran yang terlibat dalam memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Walau apa pun, kami merizabkan hak kami untuk bergantung kepada sebarang pelepasan dan/atau pengecualian statutori untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda.
- Di samping itu, anda juga berhak, dengan notis secara bertulis, memaklumkan kami mengenai penarikan diri anda (dengan sepenuhnya atau sebahagian) daripada persetujuan yang anda berikan kepada kami sebelum ini tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan suatu tempoh masa yang munasabah bagi penarikan persetujuan tersebut untuk dilaksanakan. Namun, penarikan persetujuan anda boleh membawa kesan undang-undang yang tertentu akibat daripada penarikan tersebut. Dalam hal ini, bergantung kepada takat penarikan persetujuan anda mengenai kuasa kami untuk memproses data peribadi anda, ini mungkin bermaksud bahawa kami tidak akan dapat meneruskan hubungan yang sedia ada di antara anda dengan kami atau bahawa kontrak yang anda masuki dengan kami perlu ditamatkan.
Anda boleh membetulkan, mengemas kini atau memadamkan data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengedit profil anda di halaman "Pengesetan Akaun" di Platform. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa data peribadi anda mungkin akan dikekalkan dalam sistem sandaran kami untuk suatu tempoh. Tambahan pula, anda tidak boleh memadamkan maklumat yang berkaitan dengan transaksi lalu kerana kami sentiasa menjejak rekod-rekod sedemikian.
- PENGEKALAN DATA PERIBADI ANDA
Sebarang data peribadi yang anda berikan kepada kami akan dikekalkan selagi tujuan bagi pengumpulan data peribadi tersebut bersambung; data peribadi anda akan kemudiannya dimusnahkan atau dianonimkan daripada rekod dan sistem sandaran kami selaras dengan dasar pengekalan kami sekiranya data peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan-tujuan tersebut melainkan pengekalan selanjutnya diperlukan untuk memenuhi suatu tempoh pengekalan yang lebih panjang untuk mencapai keperluan operasi, undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan kami.
- KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA
- Kami berkomited untuk memastikan bahawa data peribadi anda akan disimpan dengan selamat. Bagi mengelakkan akses yang tidak diberikuasa, pendedahan atau risiko-risiko lain yang serupa, kami berusaha sedaya upaya, sebagaimana yang boleh dilaksanakan secara komersial, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur yang bersesuaian selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian industri untuk melindungi dan mencegah pemprosesan yang tidak diberikuasa atau tidak sah terhadap data peribadi anda, dan pemusnahan, atau kehilangan yang tidak disengajakan, kerosakan kepada, pengubahan, pendedahan atau akses kepada data peribadi anda yang tidak diberikuasa.
- Kami akan membuat pengemaskinian yang wajar kepada langkah-langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberikuasa hanya menggunakan data peribadi anda bagi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Walau apa pun, kami tidak boleh dan tidak akan dipertanggungjawabkan bagi tindakan atau kegagalan untuk bertindak pihak ketiga berkenaan dengan data peribadi anda.
- Internet bukan suatu medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan yang wajar berkenaan dengan Platform dan komunikasi elektronik yang anda guna untuk berhubung dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mempunyai akses kepada, dan yang berkaitan dengan pemprosesan data peribadi anda, adalah wajib untuk menghormati kerahsiaan data peribadi anda.
- Malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet atau rangkaian tanpa wayar boleh dijamin adalah 100% selamat. Walaupun kami mengambil langkah praktikal komersial untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab bagi sebarang akses yang tidak diberikuasa, pemintasan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan data peribadi yang dihantar ke atau daripada Fave dan tidak bertanggungjawab bagi tindakan pihak ketiga yang mungkin menerima data peribadi tersebut.
- DATA PERIBADI DARIPADA KANAK-KANAK DAN INDIVIDU LAIN
- Setakat mana anda telah bekalkan (atau akan membekalkan) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, pasangan anda, tanggungan–tanggungan lain (jika anda adalah seorang individu), pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil, ejen (jika anda adalah syarikat, entiti atau sebuah organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan dibekalkan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda menyatakan dan memberi jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.
- Berkenaan dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur dewasa untuk memberi persetujuan menurut undang-undang yang terpakai di negara anda) atau individu yang tidak mempunyai kemampuan undang-undang untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga undang-undang atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal mereka atau bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberikan persetujuan bagi pihak mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.
- PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA DI LUAR NEGARA ANDA
Kemudahan dan pelayan penyimpanan teknologi maklumat kami mungkin terletak di negara lain di luar negara anda. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan di mana data peribadi anda mungkin disimpan di pelayan yang berada di luar negara anda. Di samping itu, data peribadi anda mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada entiti yang terletak di luar negara anda. Harap maklum bahawa entiti negara asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara yang tidak menawarkan tahap perlindungan data yang setara sebagaimana yang ditawarkan di negara anda di bawah undang-undang yang terpakai di negara anda. Anda dengan ini memberi kebenaran secara nyata kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar negara bagi tujuan tersebut.
- PENGGUNAAN APLIKASI INTERNET DAN MOBILE
- Anda mengakui bahawa pembekalan data peribadi anda kepada kami melalui Internet adalah sepenuhnya di bawah risiko anda sendiri.
- Anda juga mengakui bahawa sekiranya anda menyiarkan penilaian dan/atau ulasan anda di Platform, penilaian dan/atau ulasan anda akan menjadi maklumat awam dan akan dikekalkan oleh kami walaupun selepas akaun anda telah ditamatkan. Alamat e-mel dan nombor telefon anda tidak akan dapat dilihat oleh orang lain melalui penilaian dan/atau ulasan yang anda siarkan.
- Sekiranya mana-mana bahagian Platform menghubungkan anda ke laman web yang lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Dasar Privasi ini dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang berbangkit daripada laman web-laman web tersebut. Kami mencadangkan anda supaya membaca dan memahami dasar privasi laman web tersebut sebelum anda membekalkan data peribadi anda ke laman web tersebut.
- Kami menggunakan kuki (suatu pengecam alfanumerik yang kami pindahkan ke cakera keras komputer atau peranti mudah alih anda supaya kami dapat mengenali pelayar web atau peranti mudah alih anda, menjejak lawatan anda ke Platform atau mengingati nama pengguna dan/atau kata laluan anda setiap kali anda log masuk) untuk memantau penggunaan Platform oleh anda. Semua data demografi yang dikumpulkan melalui kuki bukan merupakan data peribadi dan kami boleh menggunakan data ini dalam bentuk teragregat, berstatistik dan/atau awanama. Anda boleh menghentikan fungsi kuki dengan mengubah pengesetan pada pelayar web atau peranti mudah alih anda, walaupun ini mungkin bermaksud bahawa ciri tertentu di Platform tidak akan berfungsi dengan baik jika anda menetapkan pelayar web atau peranti mudah alih anda untuk tidak menerima kuki.
- Selain menggunakan kuki dan teknologi berkaitan seperti yang dihuraikan di atas, kami juga akan membenarkan syarikat pihak ketiga yang tertentu untuk membantu kami untuk menyesuaikan iklan yang kami rasa pengguna akan berminat dan menggunakan data lain mengenai aktiviti-aktiviti pengguna di Platform dan/atau Perkhidmatan kami (misalnya, untuk membolehkan mereka untuk menyesuaikan iklan dalam perkhidmatan pihak ketiga). Syarikat-syarikat ini boleh menyiarkan iklan yang mungkin juga akan menempatkan kuki dan menjejak tingkah laku pengguna.
- Harap maklum bahawa apabila anda memasang aplikasi mudah alih kami untuk pertama kali di peranti mudah alih anda, kami akan mencipta satu akaun yang berkait dengan peranti mudah alih tersebut ("Akaun"). Kami akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, selaras dengan Dasar Privasi ini, bilamana anda mengaktifkan aplikasi mudah alih kami dalam peranti mudah alih tersebut. Penggunaan ini merangkumi perhubungan data peribadi anda dengan Akaun anda. Kebanyakan platform mudah alih (iOS, Android, dan sebagainya) mempunyai sistem pemerolehan kebenaran yang berbeza untuk mendapatkan persetujuan anda. Platform iOS akan memberi amaran kepada anda pada kali pertama aplikasi mudah alih kami meminta keizinan untuk mengakses jenis data tertentu dan akan memberi pilihan kepada anda untuk bersetuju (atau tidak bersetuju) kepada permintaan tersebut. Peranti Android akan memberi makluman kepada anda berkenaan kebenaran yang diminta oleh aplikasi mudah alih kami sebelum penggunaan pertama aplikasi mudah alih anda, dan penggunaan anda akan dianggap sebagai persetujuan anda.
- Platform boleh berintegrasi dengan ciri perkongsian sosial dan alat lain yang berkaitan yang membolehkan anda berkongsi maklumat dengan rakan anda atau orang ramai, bergantung kepada pengesetan yang anda buat dengan rangkaian perkongsian sosial. Penggunaan data peribadi oleh rangkaian peribadi sosial yang disediakan oleh Fave adalah dikawal oleh dasar privasi rangkaian perkongsian sosial dan, bukan oleh Dasar Privasi ini. Dengan menyambungkan akaun rangkaian perkongsian sosial anda melalui Platform, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpulkan data peribadi anda dari akaun rangkaian perkongsian sosial anda hanya dalam keadaan yang selaras dengan pengesetan privasi yang telah anda tetapkan di bawah akaun rangkaian perkongsian sosial anda dan bagi Tujuan yang dinyatakan di bawah ini Dasar Privasi ini.
- Kami boleh secara automatik menerima, merekod dan menyimpan maklumat perkhidmatan lokasi daripada komputer atau peranti mudah alih anda semasa anda berinteraksi dengan kami. Anda dengan ini bersetuju kepada penggunaan maklumat perkhidmatan lokasi awanama yang kami kumpulkan daripada anda. Di mana maklumat perkhidmatan lokasi dapat dikenal pasti secara peribadi, kami akan memberi anda pilihan untuk menguruskan pendedahan maklumat tersebut. Bergantung kepada fungsi komputer atau peranti mudah alih anda, anda mempunyai manfaat daripada pilihan lanjutan untuk menguruskan maklumat perkhidmatan lokasi. Komputer atau peranti mudah alih mungkin melaporkan lokasi GPSnya pada saat anda berinteraksi dengan kami sekiranya pengesetan perkhidmatan lokasi diaktifkan. Maklumat tersebut tidak akan dikenal pasti sebagai data peribadi, kecuali di mana kami diperlukan untuk berbuat sedemikian di bawah undang-undang yang terpakai.
- Pengumpulan maklumat lokasi komputer atau peranti mudah alih anda oleh kami adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara anda. Anda boleh mengaktifkan atau menghentikan perkhidmatan lokasi semasa anda menggunakan Platform pada bila-bila masa, melalui pengesetan komputer atau pengesetan peranti mudah alih anda. Sekiranya anda menggunakan Platform apabila perkhidmatan lokasi diaktifkan, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penyebaran maklumat lokasi komputer atau maklumat lokasi peranti mudah alih anda melalui Platform oleh kami, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Dalam keadaan apa pun, kami tidak akan bertanggungjawab bagi tuntutan atau kerosakan daripadanya, yang berbangkit daripada keputusan anda dalam membenarkan pengguna lain untuk melihat maklumat lokasi komputer atau maklumat lokasi peranti mudah alih anda, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
- BUTIRAN PERHUBUNGAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, atau mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, atau ingin membuat aduan atau meminta akses kepada data, pembetulan atau permintaan terhad berkenaan dengan data peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan mengubah pengesetan dalam akaun anda yang dikekalkan dengan kami atau menghubungi kami di
[email protected] atau melalui saluran komunikasi di Platform.
- VERSI BAHASA INGGERIS AKAN MENGATASI SEPENUHNYA
Sekiranya wujud percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan yang lain berkenaan Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi sepenuhnya.